Ini adalah beberapa tips untuk newbies yang baru berjinak-jinak untuk travel. Antara soalan-soalan yang mungkin terfikir oleh kalian, “Berapa budget travel ke luar negara?”, “berapa kos penginapan?”, “pergi sendiri atau melalui travel agency?”
1. Rancang awal untuk membeli tiket kapal terbang
Hal ini membolehkan anda mengetahui harga promosi dari semasa ke semasa. Waktu promosi biasanya harga tiket akan jauh lebih murah berbanding tanpa promosi. Walaubagaimanapun jika anda seorang yang mempunyai duit sampai makan tak habis..boleh abaikan sahaja tips ini.
2. Sediakan itinerary
Penyediaan itinerary sangat penting bagi memudahkan pergerakan anda sewaktu travel nanti.Dalam itinerary ini anda akan meletakkan info secara details di mana anda akan tinggal. Pukul berapa anda ingin melakukan aktiviti, kemana, di mana dan menaiki apa. sangat penting.
3.Survey makanan halal
Wajib.Lapar la korang kalau tak survey. Masa di sana nanti mana nak cari ye tak? Kalau rasa nak jimat boleh bawa bekal dari malaysia. Yang ni boleh google je. Cuma kalau nak jimat la kan..
4. Kenali perbezaan waktu di sana agar memudahkan untuk anda solat.
Ini khas untuk Muslim. Anda seharusnya tahu waktu di sini dan di Mesia lebih awal beberapa jam.
5. Charger
Pastikan anda mempunyai universal charger.
Mungkin ini serba sedikit tips yang anda perlu ketahui jika ingin travel. Untuk dapatkan khidmat penginapan/pengangkutan/makanan halal sepanjang berada di sini and juga boleh hubungi kami. Kami turut menyediakan perkhidmatan tuan rumah sepanjang ada berada di sini.
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tertarik sangat dengan tajuk harini kan. Harini aku nak share beberapa tempat makan yang murah dan ha...
-
...Brighton Beach!... Setelah 2 tahun menetap di Melbourne, ini baru kali pertama aku datang ke sini. Tapi bagi husband aku die dah banyak...
-
MT BULLER Trowback sikit memory berjalan ke Mt Buller dengan anak2 bulan jun 2017. Aku leh dikatakan percutian budget dan percutian tanpa ...
0 comments:
Post a Comment