Tertarik sangat dengan tajuk harini kan. Harini aku nak share beberapa tempat makan yang murah dan halal yang ada di Melbourne. Tak banyak pun yang aku tahu, tapi boleh la untuk jadi rujukan sikit2 untuk korang. Price dalam lingkungan $5-25 dollar je yunk.
Aku jenis yang tak berapa suka makan dekat luar, tapi bila ada tempat-tempat yang member suggest murah dan sedap pasti aku takkan lepaskan peluang. Alah korang pun sama kan??huhuhu
Nelayan Indonesian Restaurant
Address : 265 Swanston street, CBD, Melbourne, Vic
Phone Number : 03 96635886
Opening hours : Mon-Sun
11am - 9pm
Average Cost : $25 for two people (approx)
Restaurant ni betul-betul tengah bandar Melbourne. First time datang makan kat sini ramai sangat pelancong dari indonesia dan malaysia. Harga sangat berpatutan dan rasa dia memang asal dari Malaysia tanpa di ubah sikit pun. Lauk dia pelbagai dan jenis buffet. So korang banyak choice nak makan lauk dan sayur apa.
Zam Zam Cafe Restaurant
Address : 362-364 Lonsdale Street, CBD, Melbourne VIC
Phone Number : 03 96060109
Cuisines: Indian, Malaysian
Opening hours : Mon - Sun
11am - 9.30pm
Restaurant Zam Zam ni aku tak pernah pergi lagi. InsyaAllah dalam perancangan untuk try makan kat sana. Cafe ni menyediakan wifi, Vegetarian friendly dan No alcohol available.
Average cost untuk 2 orang (dinner) dalam $40. Untuk lunch pulak $20 untuk 2 orang. Oklah not bad.
Aussie Dera
Address : 78 Sydney Rd, Coburg, VIC 3058
Phone Number : 03 93864377
Aussie Dera ni bertempat di Coburg dan menawarkan makanan halal cuisine : Indian, Pakistani, Western. Kedai yang ada 3 cuisine ni aku suka. Sebab aku kurang sikit dengan makanan Indian and Pakistani. So bila ada western ni ada la pilihan jugakan. Cafe ni harga makanan dibawah $15.
Borek Bake House
Address : 481 Elizabeth Street, Melbourne, VIC 3000
Phone Number : 03 93295553
Borek Bake House ni bertempat di Melbourne City & menawarkan makanan halal cuisine : Turkish, Bakeries. Cafe ni price range dia bawah $15.
![]() |
| Ini contoh makanan Turkish. Kebanyakkanya berasaskan roti & Kebab. |
8 Miles Cafe & Convenience
Address : 8 Miles Street Southbank 3006, Melbourne, VIC 3000
Phone Number : 99135155
Hanya beberapa minit di selatan Melbourne City, kedai 8 Miles Cafe & Convenience menawarkan Sandwich, Wraps, Focaccia, Lebanese & Turkish Pies, Pizza, Pastry, Falafel, Borek, Pide, Villies Pies, Pasties & Rolls Sausage, Hotdog Halal dan juga kopi espresso yang sangat sedap.
Cafe ni untuk price range dia bawah $15. Dan di Cafe ni juga ada menyediakan tempat untuk solat. Dan di sini ada 2 menu yang menarik perhatian aku. Dia punya Breakfast rolls yang hanya berharga $8.50, dan cheesecake yang berharga $4.
![]() |
| cheesecake ni ada 3 flavour. berry, caramel, cookies & cream. |
Chilli Padi Mamak Kopitiam
Address : 295 Racecourse Rd, Kensington, VIC 3031
Phone Number : 03 93760228
Restaurant ni cuma 5km dari Melbourne City. Tempat di antara pusat membeli belah makanan di Costco di Harbour Tour. Mana yang rindu dengan masakan melayu boleh la datang ke sini. Restaurant menawarkan makanan halal cuisine : Indian, Chinese, Malaysian. Mamak nasi kandar pun ada tau, boleh pilih nak gulai ayam, beef rendang or butter chicken, harga untuk 1jenis lauk dengan nasi hanya $10.9 ataupun 2 jenis lauk dengan nasi $11.9 Harganya tak der la mahal. Korang boleh la cuba, kedainya pun nampak exclusive gitu.
Nando's Melbourne
Address : 79-85 Bourke Street, Melborne, VIC, 3000
Phone Number : 03 96637433
Nando's West Melbourne
Address : 177 Vic Street (cnr Peel St) West melbourne, VIC 3003
Phone Number : 03 93290662
Nando's ni aku kene tau sikit2 mane tempat yang halal dan tak disebabkan en husband suka sangat dengan Nando's. Actually not bad Nando's ni cuma aku tak suka sos dia. Not my taste sangat! Price range die oklah dalam $15-20 untuk family kecil aku ni. Sebab biasanya kami hanya akan order main menu dia opkos ayam la kan, 1/2 chicken tu price dalam$11.90 dan Large chips untuk anak2 price dalam $5.95
Satay Inn
Address : 100 denmark Street, Kew, Melbourne
Phone Number : 03 98535153
Cruisines : Malaysian
Average Cost : $50 for two people (approx)
Opening Hours : Mon-Sun
12 noon - 2.30 pm
5.30 pm - 9.30 pm
Mama Wong's Kitchen
Address : 164 Sydney Road, Coburg, Melbourne
Phone Number : 03 93834196
Cuisines : Thai, Asian, Chinese, Malaysian.
Opening hours : 5pm-9.30pm
Average Cost : $50 for two people (approx)
100% halal. AFIC accredited.
Ok, setakat ni dulu. Next time kalau aku rajin aku servey lagi restaurant yang best-best lagi dekat Melbourne ni. Pada sapa2 yang nak datang ke Melbourne boleh contact FB PERCUTIANKEMELBOURNE untuk pertanyaan. Takpun pergi je dekat instagram OZYTOURS.
Bye ~














0 comments:
Post a Comment