http://m.facebook.com/percutiankeMelbourne/ www.facebook.com/percutiankemelbourne Instagram OZY TOURS

Friday, 5 January 2018

Selamat Datang 2018

Aku kembali ke bumi kangaroo setelah 6 bulan balik ke Malaysia. Aku balik Malaysia dulu masa minggu kedua dibulan ramadhan dan Alhamdulillah dapat menyambut lebaran bersama mak, abah, umi, abi dan adik beradik semua. Setelah setahun 3 bulan aku meninggalkan mereka dan akhirnya bila dapat berjumpa tu memang satu kebahagiaan yang tak dapat aku gambarkan. Memang beraya sakan la kan. seminggu di Chini, kemudian ke Kuantan, ke Rawang, then kami ke Ipoh, Johor, Kuala Lumpur, Melaka then balik semula ke Chini, Rawang semula, macam tu la perjalanan selama 6 bulan di Malaysia. Sebaik-baiknya aku menggunakan masa-masa yang ada untuk berjumpa dengan semua orang yang aku rindu. Fuh~ pusing 1 Malaysia kami. Sedar tak sedar berpuluh ribu jugak la simpanan habis huhuhu dan dalam tak sedar dah 6 bulan,cepatnya masa berlalu dan aku harus kembali ke Melbourne bagi meneruskan kehidupan di sini.

Perasaan memang tak dapat aku gambarkan. Sama juga seperti kali pertama aku meninggalkan Malaysia dulu, Sedih dan pilu. Tapi perjalanan harus diteruskan. Redha itu perlu rindu itu pasti. Terlalu banyak impian yang aku impikan masih belum tercapai. So, perasaan sedih tu tak boleh dilayan sangat. kalau tak nanti apa kerja pun aku tak boleh buat. Dengan berat hati aku meninggalkan mereka. Semoga mereka baik-baik saja sepanjang peninggalan aku. Allah tolong jagakan mereka untukku. Bye bye semua yang aku sayang. Sob~ sob~

Bila masuk je tahun baru topik utama yang akan keluar adalah azam. Betul? tak kira la azam tahun lepas masih belum terlaksana lagi, kadang-kadang lagi dahsyat sampai lupa apa azam tahun lepas, tup tup dah tercipta azam baru. itu lumrah. hahaha sebab aku pun jenis yang camtu. Apa ntah azam aku tahun lepas aku pun dah tak ingat.. Actually aku bukanlah jenis yang ghairah sangat mencipta azam baru ni, sebab aku tahu aku ni jenis yang hangat-hangat taik ayam je. Cuma aku harap tahun ni taklah jadi seperti tahun-tahun yang lepas. Sebab aku betul-betul aku nak target tahun ni aku nak sambung belajar. InsyaAllah moga Allah makbulkan doa aku ni. Ameen..

Pic ni sume semasa dari Melbourne nak blk ke Malaysia. Gambar dari Malaysia nak balik ke Melbourne tak jumpa cari pulak.

Airport Tullamarine, Melbourne.

checked in luggage. separuh lagi daddy bawa balik another 2 weeks.

mommy and kids balik dulu without daddy. behave ye anak2.

max and zaty. budak sabah yang banyak belikan baju untuk aleesya dan muhammad.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Facebook RSS Feed Email Twitter Google Plus LinkedIn Pinterest

Popular Posts

BTemplates.com

Blogroll

1. Sila isikan butir-butir tempahan anda di bawah ini dengan betul dan tepat dan hantar ke rosnitajaffar87@gmail.com. Kami akan menghubungi anda samaada melalui email atau melalui telefon.

Nama:

Alamat:

Email:

No. telefon:

Jenis Tempahan:

Catatan:

2. Pihak kami akan menghubungi anda dan menghantar quotation harga.

3. Sekiranya pelanggan bersetuju, deposit hendaklah dibuat bagi memudahkan pihak kami menyiapkan itinerary lengkap sepanjang anda di sini.

4. Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya ....

About

If you have any question, do no hesitate to ask me about the price and details. rosnitajaffar87@gmail.com

Copyright © Percutian Ke Melbourne | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com