http://m.facebook.com/percutiankeMelbourne/ www.facebook.com/percutiankemelbourne Instagram OZY TOURS

Sunday, 7 January 2018

St Kilda Beach

ST KILDA BEACH

Christmas last year kitaorang pergi dua tempat. first kami pergi Brighton Beach (dalam entry sebelum ni aku dah cite) and second pergi St Kilda Beach. Pergi time public holiday memang aku tak suggest sangat-sangat sebab crowded gile dan susah nak cari parking. Kedai makan semua tutup. Bawa lah bekal dari rumah ye kalau tak berlapar la korang. Nak kencing pun kene beratur panjang,  tak de space untuk bergambar pun. Memang tak best. Jadi elakkanlah dari berjalan time public holiday.

Angin dia masyaAllah kuat gile. Jangan pakai kain macam aku lau nak ke pantai Melbourne. Free show je nanti. Sibuk dengan nak pegang anaknya, pegang kain lagi. Kasut pun pakai jela sport shoes. Tak payah nak high heel sangat, menyusahkan. Jangan lupa pakai sunblock dear kalau taknak kulit jadi kulit ular kemudian hari, sinar matahari kat sini sangat ganas.
Bawa bekal! ni wajib ye. kitaorg datang memang dah prepare bekal dari rumah awal2 pagi. Bawa nasi goreng dengan biskut coklat untuk kids. Air cukup air kotak dengan mineral. Memang kalau bukan public holiday pun aku akan sentiasa bawa bekal kalau nak berjalan ke mana2. Sebab Aleesya jenis yang bila masuk kereta je automatik akan minta nak am (makan). Bawa alas untuk duduk. kalau rajin bawa kerusi pun ok. klu taknak duduk jela dekat rumput. Cuma aku tak suggest sangat sebab biasalah negara orang putih ni kan, binatang peliharaan diaorang merata2 ada, jadi klu nak duduk sembarangan nanti nak solat dah tak yakin dengan baju kita pakai tu.

Sweater jangan lupa jugak. Sekarang ni memang musim panas. tengahari dalam pukul 1-3 memang panas. Tapi bila jatuh pukul 4,5,6 korang akan menggigil sejuk. Melbourne dalam 1 hari boleh ada 2-3 musim. Jangan malas tengak temperature sebelum keluar rumah ye. Tapi kalau kulit korang macam kulit mat salleh kat sini tak heran la kan. Korang datang pakai short pant ngn tshirt pagoda pun tak terasa pape.

Pengenalan sikit tentang pantai ni. St Kilda Beach adalah pantai yang terletak di St Kilda, Port Phillip, Victoria, Australia. Lebih kurang dalam 6km dari pusat bandar Melbourne. Kalau korang nak tau pantai St Kilda ni adalah salah satu daripada 46 pantai tepi pantai yang dipantau oleh EPA Victoria untuk kualiti air. Haa nampak tak bagusnya diaorang menjaga kebersihan air.

Biasanya aktiviti rekreasi yang dijalankan dekat sini selain berenang dan berjemur, ada juga yang main sukan air lain, macam luncur angin, belayar, kitesurfing, dan lain-lain lagi la. Selain itu, ada juga yang main rollerblade, bola tampar pantai, jet ski dan perairan.








0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Facebook RSS Feed Email Twitter Google Plus LinkedIn Pinterest

Popular Posts

BTemplates.com

Blogroll

1. Sila isikan butir-butir tempahan anda di bawah ini dengan betul dan tepat dan hantar ke rosnitajaffar87@gmail.com. Kami akan menghubungi anda samaada melalui email atau melalui telefon.

Nama:

Alamat:

Email:

No. telefon:

Jenis Tempahan:

Catatan:

2. Pihak kami akan menghubungi anda dan menghantar quotation harga.

3. Sekiranya pelanggan bersetuju, deposit hendaklah dibuat bagi memudahkan pihak kami menyiapkan itinerary lengkap sepanjang anda di sini.

4. Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya ....

About

If you have any question, do no hesitate to ask me about the price and details. rosnitajaffar87@gmail.com

Copyright © Percutian Ke Melbourne | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com