Setelah 2 tahun menetap di Melbourne, ini baru kali pertama aku datang ke sini. Tapi bagi husband aku die dah banyak kali sampai sebab dia bawa pelancong-pelancong dari Malaysia berjalan ke sini. Sampaikan bila nak ajak bergambar pun dia dah malas.
Brighton adalah destinasi tepi pantai kegemaran Melbourne. Brighton terletak di City of Bayside yang mempunyai 17km dari tepi pantai ke Port Phillip Bay. Terletak di Pantai Dendy Street, kotak mandi Brighton adalah Port Phillip Bay dan Port Barat. Actually hasil daripada kotak mandi ini mempunyai asal usul mereka bukan sahaja di Australia tapi serentak di pantai-pantai England, Perancis dan Itali. Dah famous dah rumah-rumah kecil ni sebenarnya.
Kotak mandi Brighton ni terdapat 82 biji kesemuanya, (kalau tak silap la). Haaa banyakkan? rajin betul diaorang nih. Lepas tu nak mengecat lagi. Sebagai struktur mudah, semua mengekalkan ciri-ciri senibina klasik dengan rangka kayu, papan yang tahan dengan cuaca dan bumbung pulak dari besi beralun. dekat dalam rumah kecik ni tak disediakan kemudahan perkhidmatan seperti eletrik atau air. Cuma untuk istirehat dan persalinan sahaja.
Sekitar Brighton ni pulak terdapat tempat untuk membeli belah juga. So, boleh la nak beli sedikit cenderahati untuk buat kenang-kenangan nanti. Ketika musim panas dalam bulan december hingga febuary banyak aktiviti pantai dijalankan. Memang ralit bila duduk tepi pantai ni sebab angin bertiup je tak terasa panas dan bahang langsung.
Actually nak melancong ni tak perlu duit yang banyak pun. aku cakap atas pengalaman. Kadang-kadang kita takut nak melancong sebab kita fikir kene spend duit yang banyak kan? aku ada tips yang mungkin berguna pada korang.
First nak pergi melancong korang kene usha tiket yang murah. Ingat! kebanyakkan orang nak pergi melancong akan pilih date yang diaorang free, kadang-kadang cari musim yang diaorang suka, tapi kene pulak time tu mngkin tiket mahal jadi korang dah bazirkan duit pada harga tiket yang beribu.
Kedua bila korang plan nak ke tempat sejuk, cari member2 yang pernah pergi ke sana. Pinjam je la baju-baju sejuk, glove ngan hat tu semua. korang tak payah beli la ratus2 tu membazir je. korang nak pakai paling lama pun seminggu je pun kan tak pun beli yang bundle. Korang tau kedai bundle kat Malaysia tu berlambak baju-baju untuk musim sejuk. Cantik-cantik lagi price paling mahal pun dalam rm20-25 je. Fungsi sama macam yang korang beli baru.
Ketiga pastikan negara yang korang nak pergi tu kene buat visa ke tak. Kalau Australia memang wajib visa, Valid setahun untuk multiple entries. Maximum sekali masuk selama 3 bulan. mudah je sebenarnya buat visa ni, cuma RM20/person. Husband aku buat sendiri je sume. nanti nak minta tolong orang kene upah lagi kan.
Keempat ialah travel insurance. Korang jangan salah faham dengan insurance Air Asia ye. Untuk insurance ni coveragenya lebih menyeluruh. Yang ni takde paksaan untuk korang ambik atau tak. Tapi mana2 yang travel bawa mak ayah aku suggest sangat-sangat ambiklah untuk diaorg. Korang memang takkan tau apa yang akan jadi dekat negara orang kan? mane tau dia jatuh sakit ke, Excident ke, ah macam2 malapetaka yang korang tak jangka pun. Tak mahal ulos insurance ni kalau nak compare dengan benafit yang korang dapat, untuk pakej VIP AXA INSURANCE lau travel dalam 4 hari 3 malam dalam RM124. Ini untuk 3 dewasa dan 2 kanak2. InsyaAllah berbaloi sangat. Untuk pertanyaan lebih mengenai insurance ni leh contact Puan Nadia Zaireen.
Kelima cari 2 atau 3 family lain untuk pergi bercuti bersama, jadi sebelum beli tiket tu tanya member2 yang nak pergi melancong sama2. so kos untuk homestay dah tour guide ulos boleh share. Dan kebyakkan pakej perlancongan pun lagi ramai group korang lagi banyak discount yang diberi. Kadang-kadang ada free give lagi.
keenam ubat-ubatan, bawalah bekalan ubat-ubatan & supplement. Ini sangat penting. Panadol, ubat batuk, ubat pening, ubat asma, ubat angin, ubat senggugut, vitamin A B C D E F... suka hati korang la apa ubat nak bawa. Bak kata orang tua2 sediakan payung sebelum hujan.
Ketujuh minta homestay yang boleh masak ataupun cari tourguide yang menyediakan pakej sarapan,lunch and dinner terus. Jadi korang tak perlu spend untuk makan dah. Lau lapar tengah-tengah malam tu just masak maggie je. Untuk membawa makanan dari malaysia korang kene tau yang immigration Australia agak ketat. Banyak barang yang korang bawa perlu declare dulu sebelum masuk. Dalam flight lagi peramugari yang comey2 tu akan bagi 1 borang (contoh kat bawah ni) untuk korang isi dan declare barang apa yang korang bawa. Jadinya silalah jujur bila mengisi borang tersebut, sebab bila terkantoi korang jugak yang terpaksa membayar denda nanti. Terutama barang makanan. jadinya berkawanlah dengan En Google sebelum decided nak bawa makanan apa ye.
Kelapan time untuk shopping adalah pada hari ke 3 atau hari ke 4 sebelum pulang. Elakkan dari membeli barang dari setiap tempat yang korang pergi. Sebab tempat yang tourguide akan bawa khas untuk korang bershopping nanti biasanya akan lebih murah dan berbaloi. Takut time tu korang akan cakap, ''alaa rugi la aku dah beli dah. kat sini lagi murah rupanya''. kan dah keluar trademark MR.DIY hahaha







0 comments:
Post a Comment