http://m.facebook.com/percutiankeMelbourne/ www.facebook.com/percutiankemelbourne Instagram OZY TOURS

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Saturday, 17 February 2018

My First Week

Tahun ni aku decide untuk belajar English. Mengharapkan supaya aku dapat ambik exam IELTS dan dapat band 7.5 tak pun nak score OET at least B.
Aku nak kerja aku balik sebagai Registered Staff Nurse. Tak mudah babe nak capai apa yang kita nak bila berpindah ke sini. Tambah2 lagi english aku bukanlah sehebar orang lain. Jadinya nak kene belajar dan belajar lagi. Alhamdulillah suami aku banyak tolong aku untuk mendapatkan semula apa yang aku nak. Dia carikan tempat belajar, die cari duit, dia bayar hutang2 aku... Terima kasih banyak2 En.suami. Moga Allah swt kurniakan kebaikan diatas segala usaha dan pengorbananmu. 

30/1/2018 haritu aku punya first day. Start kelas kul 1pm sampai kul 5pm. Alhamdulillah hari pertama berjalan dengan lancar. Teacher kelas aku nama Mr Ronnie. Baik orangnya, lelaki berusia 64thn yang berasal dari Israel. Dalam kelas tu mostly terdiri pelajar dari Arab, Syria, Lubnan, Pakistan, dan dari Malaysia aku sorang je. Memang susah nak mampus aku untuk ber 'communicate' dengan diaorang ni. 

Bestnya aku sikit pun tak rase nervous nak mulakan kelas kat sini, sebab bagi aku yang datang ke sini semuanya tak pandai English so watpe nak takut. Datang untuk belajar. Kalau ikutkan senarai nama actually kesemuanya

Almost 1 month aku belajar dekat sana. Makin hari makin banyak benda yang aku tahu sikit demi sikit. kadang2 timbul rasa menyesal tak belajar molek2 masa kecik dulu. Sekarang otak dah bebal susah dah nak serap ilmu. huhuuh
Read More

Friday, 2 February 2018

HARI PERTAMA DI KINDERGARTEN

Muhammad First Day.




Borang daftar masuk sekolah Muhammad ni sedikit mencabar kalau nak dibandingkan dengan borang minta kerja mommy dulu. Seminggu mommy ambik masa nak settlekan sume permintaan dalam borang tu. Banyak pulak benda yang die minta. Siap minta sijil University mak ayah, record Immunisation, Maklumat doktor yang merawat anak. Siap tanya behaviour anak kita camne, suka main apa, suka makan apa, cukup tidur ke tak, kelebihan anak apa, social skill dan macam2 la lagi 💆

Harini 30 january 2018 sesi pengenalan bagi Muhammad kat kindergrten. Nak bagi die familiar dengan teacher2, kenal dengan kawan2, and nak show toilet kat mana, supaya senang nanti die pergi toilet sendiri. Mommy pulak yang nervous terlebih ni apehal. Macam mak2 yang lain jugak la. Bila anak first day masuk sekolah parent yang terlebih excited kan.


Actually since last month kitaorg dah datang ke kindergarten Dallas untuk pengenalan dengan teacher diaorg then ade a few form nak kene fill up. Jadi harini sesi temuramah la lebih kurang. Bukan ada pape pun. Muhammad hari2 cakap nak pergi school. Excited sangat2.
Dalam pic ni napak sape yang terlebih excited tu? heheh lebar naw senyum Aleesya. Aleesya punya turn next year k sayang. Gambar kenangan first day Muhammad ke sekolah. Belajar rajin2 ye sayang bila besar dapat berbakti ilmu pada semua yg memerlukan. I love u.


Read More

Wednesday, 17 January 2018

SISTERHOOD GATHERING PART 1





Alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi harini aku berpeluang join group usrah baru. Actually this is first time datang ke group ni tapi kebanyakkan mereka aku dah kenal dah, jadi taklah canggung sangat. Leh move on lagi dengan kawan2 dan kakak2 yang sangat open minded dan yang paling best diaorang tak pernah membezakan antara satu sama lain. Ada yang Doctor, Law, Engineer, sume leh jadi kawan. 
So, session pertama start tadi dalam pukul 11am sampai pukul 12.30 noon. Then kitaorang rehat dulu makan2 and chatting2 jap. Pastu sambung dengan session kedua pulak. Masing2 first time nak start session kedua ni sume malu2 tak tahu nak cerita apa lagipun, then bila Kak Ros mulakan topik then ramai la yang menyampuk. Masing2 dengan cerita dan kenangan waktu kecik. So enjoy. Berkongsi pengalaman dan ilmu.
Life is too short to be serious all the time. sekali sekala jumpa kawan2 gelak2, therapy minda jugak. Thanks for truckloads of good times. Thank you for being owesome!
.....................................................................................

 Topic harini 
- Tafsir Surah A-Fatihah (5)
- Fiqh Ibadah : Wiping over the Khuffs
Open Session 
- Chilhood Memories

Pengisian yang sangat mendalam dan berilmiah. Terima Kasih Kak Afrohah atas ilmu yang diberi. Terima Kak Atie sudi meminjamkan rumah untuk di sepahkan oleh anak2 kami. Minta halal semuanya ye.


Read More

Sunday, 7 January 2018

St Kilda Beach

ST KILDA BEACH

Christmas last year kitaorang pergi dua tempat. first kami pergi Brighton Beach (dalam entry sebelum ni aku dah cite) and second pergi St Kilda Beach. Pergi time public holiday memang aku tak suggest sangat-sangat sebab crowded gile dan susah nak cari parking. Kedai makan semua tutup. Bawa lah bekal dari rumah ye kalau tak berlapar la korang. Nak kencing pun kene beratur panjang,  tak de space untuk bergambar pun. Memang tak best. Jadi elakkanlah dari berjalan time public holiday.

Angin dia masyaAllah kuat gile. Jangan pakai kain macam aku lau nak ke pantai Melbourne. Free show je nanti. Sibuk dengan nak pegang anaknya, pegang kain lagi. Kasut pun pakai jela sport shoes. Tak payah nak high heel sangat, menyusahkan. Jangan lupa pakai sunblock dear kalau taknak kulit jadi kulit ular kemudian hari, sinar matahari kat sini sangat ganas.
Bawa bekal! ni wajib ye. kitaorg datang memang dah prepare bekal dari rumah awal2 pagi. Bawa nasi goreng dengan biskut coklat untuk kids. Air cukup air kotak dengan mineral. Memang kalau bukan public holiday pun aku akan sentiasa bawa bekal kalau nak berjalan ke mana2. Sebab Aleesya jenis yang bila masuk kereta je automatik akan minta nak am (makan). Bawa alas untuk duduk. kalau rajin bawa kerusi pun ok. klu taknak duduk jela dekat rumput. Cuma aku tak suggest sangat sebab biasalah negara orang putih ni kan, binatang peliharaan diaorang merata2 ada, jadi klu nak duduk sembarangan nanti nak solat dah tak yakin dengan baju kita pakai tu.

Sweater jangan lupa jugak. Sekarang ni memang musim panas. tengahari dalam pukul 1-3 memang panas. Tapi bila jatuh pukul 4,5,6 korang akan menggigil sejuk. Melbourne dalam 1 hari boleh ada 2-3 musim. Jangan malas tengak temperature sebelum keluar rumah ye. Tapi kalau kulit korang macam kulit mat salleh kat sini tak heran la kan. Korang datang pakai short pant ngn tshirt pagoda pun tak terasa pape.

Pengenalan sikit tentang pantai ni. St Kilda Beach adalah pantai yang terletak di St Kilda, Port Phillip, Victoria, Australia. Lebih kurang dalam 6km dari pusat bandar Melbourne. Kalau korang nak tau pantai St Kilda ni adalah salah satu daripada 46 pantai tepi pantai yang dipantau oleh EPA Victoria untuk kualiti air. Haa nampak tak bagusnya diaorang menjaga kebersihan air.

Biasanya aktiviti rekreasi yang dijalankan dekat sini selain berenang dan berjemur, ada juga yang main sukan air lain, macam luncur angin, belayar, kitesurfing, dan lain-lain lagi la. Selain itu, ada juga yang main rollerblade, bola tampar pantai, jet ski dan perairan.








Read More

Saturday, 6 January 2018

Tempat makan yang halal dan murah di Melbourne

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tertarik sangat dengan tajuk harini kan. Harini aku nak share beberapa tempat makan yang murah dan halal yang ada di Melbourne. Tak banyak pun yang aku tahu, tapi boleh la untuk jadi rujukan sikit2 untuk korang. Price dalam lingkungan $5-25 dollar je yunk.
Aku jenis yang tak berapa suka makan dekat luar, tapi bila ada tempat-tempat yang member suggest murah dan sedap pasti aku takkan lepaskan peluang. Alah korang pun sama kan??huhuhu

Nelayan Indonesian Restaurant
    Address : 265 Swanston street, CBD, Melbourne, Vic
    Phone Number : 03 96635886
    Opening hours : Mon-Sun
                               11am - 9pm
    Average Cost : $25 for two people (approx)


Restaurant ni betul-betul tengah bandar Melbourne. First time datang makan kat sini ramai sangat pelancong dari indonesia dan malaysia. Harga sangat berpatutan dan rasa dia memang asal dari Malaysia tanpa di ubah sikit pun. Lauk dia pelbagai dan jenis buffet. So korang banyak choice nak makan lauk dan sayur apa.





Zam Zam Cafe Restaurant
    Address : 362-364 Lonsdale Street, CBD, Melbourne VIC
    Phone Number : 03 96060109
    Cuisines: Indian, Malaysian
    Opening hours : Mon - Sun
                               11am - 9.30pm

Restaurant Zam Zam ni aku tak pernah pergi lagi. InsyaAllah dalam perancangan untuk try makan kat sana. Cafe ni menyediakan wifi, Vegetarian friendly dan No alcohol available. 
Average cost untuk 2 orang (dinner) dalam $40. Untuk lunch pulak $20 untuk 2 orang. Oklah not bad.





Aussie Dera
    Address : 78 Sydney Rd, Coburg, VIC 3058
    Phone Number : 03 93864377

Aussie Dera ni bertempat di Coburg dan menawarkan makanan halal cuisine : Indian, Pakistani, Western. Kedai yang ada 3 cuisine ni aku suka. Sebab aku kurang sikit dengan makanan Indian and Pakistani. So bila ada western ni ada la pilihan jugakan. Cafe ni harga makanan dibawah $15. 


Borek Bake House
    Address : 481 Elizabeth Street, Melbourne, VIC 3000
    Phone Number : 03 93295553

Borek Bake House ni bertempat di Melbourne City & menawarkan makanan halal cuisine : Turkish, Bakeries. Cafe ni price range dia bawah $15.
Ini contoh makanan Turkish. Kebanyakkanya berasaskan roti & Kebab.

 8 Miles Cafe & Convenience
    Address : 8 Miles Street Southbank 3006, Melbourne, VIC 3000
    Phone Number : 99135155

Hanya beberapa minit di selatan Melbourne City, kedai 8 Miles Cafe & Convenience menawarkan Sandwich, Wraps, Focaccia, Lebanese & Turkish Pies, Pizza, Pastry, Falafel, Borek, Pide, Villies Pies, Pasties & Rolls Sausage, Hotdog Halal dan juga kopi espresso yang sangat sedap.

Cafe ni untuk price range dia bawah $15. Dan di Cafe ni juga ada menyediakan tempat untuk solat. Dan di sini ada 2 menu yang menarik perhatian aku. Dia punya Breakfast rolls yang hanya berharga $8.50, dan cheesecake yang berharga $4.


cheesecake ni ada 3 flavour. berry, caramel, cookies & cream.

Chilli Padi Mamak Kopitiam
    Address : 295 Racecourse Rd, Kensington, VIC 3031
    Phone Number : 03 93760228

Restaurant ni cuma 5km dari Melbourne City. Tempat di antara pusat membeli belah makanan di Costco di Harbour Tour. Mana yang rindu dengan masakan melayu boleh la datang ke sini. Restaurant menawarkan makanan halal cuisine : Indian, Chinese, Malaysian. Mamak nasi kandar pun ada tau, boleh pilih nak gulai ayam, beef rendang or butter chicken, harga untuk 1jenis lauk dengan nasi hanya $10.9 ataupun 2 jenis lauk dengan nasi $11.9 Harganya tak der la mahal. Korang boleh la cuba, kedainya pun nampak exclusive gitu.



Nando's Melbourne
    Address : 79-85 Bourke Street, Melborne, VIC, 3000
    Phone Number : 03 96637433

Nando's West Melbourne
    Address : 177 Vic Street (cnr Peel St) West melbourne, VIC 3003
    Phone Number : 03 93290662

Nando's ni aku kene tau sikit2 mane tempat yang halal dan tak disebabkan en husband suka sangat dengan Nando's. Actually not bad Nando's ni cuma aku tak suka sos dia. Not my taste sangat! Price range die oklah dalam $15-20 untuk family kecil aku ni. Sebab biasanya kami hanya akan order main menu dia opkos ayam la kan, 1/2 chicken tu price dalam$11.90 dan Large chips untuk anak2 price dalam $5.95



Satay Inn
    Address : 100 denmark Street, Kew, Melbourne
    Phone Number : 03 98535153
    Cruisines : Malaysian
    Average Cost : $50 for two people (approx)
    Opening Hours : Mon-Sun
                                12 noon - 2.30 pm
                                 5.30 pm - 9.30 pm



Mama Wong's Kitchen
    Address : 164 Sydney Road, Coburg, Melbourne
    Phone Number : 03 93834196
    Cuisines : Thai, Asian, Chinese, Malaysian.
    Opening hours : 5pm-9.30pm
    Average Cost : $50 for two people (approx)
    100% halal. AFIC accredited.

   


Ok, setakat ni dulu. Next time kalau aku rajin aku servey lagi restaurant yang best-best lagi dekat Melbourne ni. Pada sapa2 yang nak datang ke Melbourne boleh contact FB PERCUTIANKEMELBOURNE untuk pertanyaan. Takpun pergi je dekat instagram OZYTOURS.


Bye ~
Read More

Friday, 5 January 2018

Selamat Datang 2018

Aku kembali ke bumi kangaroo setelah 6 bulan balik ke Malaysia. Aku balik Malaysia dulu masa minggu kedua dibulan ramadhan dan Alhamdulillah dapat menyambut lebaran bersama mak, abah, umi, abi dan adik beradik semua. Setelah setahun 3 bulan aku meninggalkan mereka dan akhirnya bila dapat berjumpa tu memang satu kebahagiaan yang tak dapat aku gambarkan. Memang beraya sakan la kan. seminggu di Chini, kemudian ke Kuantan, ke Rawang, then kami ke Ipoh, Johor, Kuala Lumpur, Melaka then balik semula ke Chini, Rawang semula, macam tu la perjalanan selama 6 bulan di Malaysia. Sebaik-baiknya aku menggunakan masa-masa yang ada untuk berjumpa dengan semua orang yang aku rindu. Fuh~ pusing 1 Malaysia kami. Sedar tak sedar berpuluh ribu jugak la simpanan habis huhuhu dan dalam tak sedar dah 6 bulan,cepatnya masa berlalu dan aku harus kembali ke Melbourne bagi meneruskan kehidupan di sini.

Perasaan memang tak dapat aku gambarkan. Sama juga seperti kali pertama aku meninggalkan Malaysia dulu, Sedih dan pilu. Tapi perjalanan harus diteruskan. Redha itu perlu rindu itu pasti. Terlalu banyak impian yang aku impikan masih belum tercapai. So, perasaan sedih tu tak boleh dilayan sangat. kalau tak nanti apa kerja pun aku tak boleh buat. Dengan berat hati aku meninggalkan mereka. Semoga mereka baik-baik saja sepanjang peninggalan aku. Allah tolong jagakan mereka untukku. Bye bye semua yang aku sayang. Sob~ sob~

Bila masuk je tahun baru topik utama yang akan keluar adalah azam. Betul? tak kira la azam tahun lepas masih belum terlaksana lagi, kadang-kadang lagi dahsyat sampai lupa apa azam tahun lepas, tup tup dah tercipta azam baru. itu lumrah. hahaha sebab aku pun jenis yang camtu. Apa ntah azam aku tahun lepas aku pun dah tak ingat.. Actually aku bukanlah jenis yang ghairah sangat mencipta azam baru ni, sebab aku tahu aku ni jenis yang hangat-hangat taik ayam je. Cuma aku harap tahun ni taklah jadi seperti tahun-tahun yang lepas. Sebab aku betul-betul aku nak target tahun ni aku nak sambung belajar. InsyaAllah moga Allah makbulkan doa aku ni. Ameen..

Pic ni sume semasa dari Melbourne nak blk ke Malaysia. Gambar dari Malaysia nak balik ke Melbourne tak jumpa cari pulak.

Airport Tullamarine, Melbourne.

checked in luggage. separuh lagi daddy bawa balik another 2 weeks.

mommy and kids balik dulu without daddy. behave ye anak2.

max and zaty. budak sabah yang banyak belikan baju untuk aleesya dan muhammad.
Read More

Thursday, 4 January 2018

Tip bercuti ke Melbourne.

...Brighton Beach!...

Setelah 2 tahun menetap di Melbourne, ini baru kali pertama aku datang ke sini. Tapi bagi husband aku die dah banyak kali sampai sebab dia bawa pelancong-pelancong dari Malaysia berjalan ke sini. Sampaikan bila nak ajak bergambar pun dia dah malas.

Brighton adalah destinasi tepi pantai kegemaran Melbourne. Brighton terletak di City of Bayside yang mempunyai 17km dari tepi pantai ke Port Phillip Bay. Terletak di Pantai Dendy Street, kotak mandi Brighton adalah Port Phillip Bay dan Port Barat. Actually hasil daripada kotak mandi ini mempunyai asal usul mereka bukan sahaja di Australia tapi serentak di pantai-pantai England, Perancis dan Itali. Dah famous dah rumah-rumah kecil ni sebenarnya.

Kotak mandi Brighton ni terdapat 82 biji kesemuanya, (kalau tak silap la). Haaa banyakkan? rajin betul diaorang nih. Lepas tu nak mengecat lagi. Sebagai struktur mudah, semua mengekalkan ciri-ciri senibina klasik dengan rangka kayu, papan yang tahan dengan cuaca dan bumbung pulak dari besi beralun. dekat dalam rumah kecik ni tak disediakan kemudahan perkhidmatan seperti eletrik atau air. Cuma untuk istirehat dan persalinan sahaja.

Sekitar Brighton ni pulak terdapat tempat untuk membeli belah juga. So, boleh la nak beli sedikit cenderahati untuk buat kenang-kenangan nanti. Ketika musim panas dalam bulan december hingga febuary banyak aktiviti pantai dijalankan. Memang ralit bila duduk tepi pantai ni sebab angin bertiup je tak terasa panas dan bahang langsung.

Actually nak melancong ni tak perlu duit yang banyak pun. aku cakap atas pengalaman. Kadang-kadang kita takut nak melancong sebab kita fikir kene spend duit yang banyak kan? aku ada tips yang mungkin berguna pada korang.

First nak pergi melancong korang kene usha tiket yang murah. Ingat! kebanyakkan orang nak pergi melancong akan pilih date yang diaorang free, kadang-kadang cari musim yang diaorang suka, tapi kene pulak time tu mngkin tiket mahal jadi korang dah bazirkan duit pada harga tiket yang beribu.

Kedua bila korang plan nak ke tempat sejuk, cari member2 yang pernah pergi ke sana. Pinjam je la baju-baju sejuk, glove ngan hat tu semua. korang tak payah beli la ratus2 tu membazir je. korang nak pakai paling lama pun seminggu je pun kan tak pun beli yang bundle. Korang tau kedai bundle kat Malaysia tu berlambak baju-baju untuk musim sejuk. Cantik-cantik lagi price paling mahal pun dalam rm20-25 je. Fungsi sama macam yang korang beli baru.

Ketiga pastikan negara yang korang nak pergi tu kene buat visa ke tak. Kalau Australia memang wajib visa, Valid setahun untuk multiple entries. Maximum sekali masuk selama 3 bulan. mudah je sebenarnya buat visa ni, cuma RM20/person. Husband aku buat sendiri je sume. nanti nak minta tolong orang kene upah lagi kan.

Keempat ialah travel insurance. Korang jangan salah faham dengan insurance Air Asia ye. Untuk insurance ni coveragenya lebih menyeluruh. Yang ni takde paksaan untuk korang ambik atau tak. Tapi mana2 yang travel bawa mak ayah aku suggest sangat-sangat ambiklah untuk diaorg. Korang memang takkan tau apa yang akan jadi dekat negara orang kan? mane tau dia jatuh sakit ke, Excident ke, ah macam2 malapetaka yang korang tak jangka pun. Tak mahal ulos insurance ni kalau nak compare dengan benafit yang korang dapat, untuk pakej VIP AXA INSURANCE lau travel dalam 4 hari 3 malam dalam RM124. Ini untuk 3 dewasa dan 2 kanak2. InsyaAllah berbaloi sangat. Untuk pertanyaan lebih mengenai insurance ni leh contact Puan Nadia Zaireen.

Kelima cari 2 atau 3 family lain untuk pergi bercuti bersama, jadi sebelum beli tiket tu tanya member2 yang nak pergi melancong sama2. so kos untuk homestay dah tour guide ulos boleh share. Dan kebyakkan pakej perlancongan pun lagi ramai group korang lagi banyak discount yang diberi. Kadang-kadang ada free give lagi.

keenam ubat-ubatan, bawalah bekalan ubat-ubatan & supplement. Ini sangat penting. Panadol, ubat batuk, ubat pening, ubat asma, ubat angin, ubat senggugut, vitamin A B C D E F... suka hati korang la apa ubat nak bawa. Bak kata orang tua2 sediakan payung sebelum hujan.

Ketujuh minta homestay yang boleh masak ataupun cari tourguide yang menyediakan pakej sarapan,lunch and dinner terus. Jadi korang tak perlu spend untuk makan dah. Lau lapar tengah-tengah malam tu just masak maggie je. Untuk membawa makanan dari malaysia korang kene tau yang immigration Australia agak ketat. Banyak barang yang korang bawa perlu declare dulu sebelum masuk. Dalam flight lagi peramugari yang comey2 tu akan bagi 1 borang (contoh kat bawah ni) untuk korang isi dan declare barang apa yang korang bawa. Jadinya silalah jujur bila mengisi borang tersebut, sebab bila terkantoi korang jugak yang terpaksa membayar denda nanti. Terutama barang makanan. jadinya berkawanlah dengan En Google sebelum decided nak bawa makanan apa ye.



Kelapan time untuk shopping adalah pada hari ke 3 atau hari ke 4 sebelum pulang. Elakkan dari membeli barang dari setiap tempat yang korang pergi. Sebab tempat yang tourguide akan bawa khas untuk korang bershopping nanti biasanya akan lebih murah dan berbaloi. Takut time tu korang akan cakap, ''alaa rugi la aku dah beli dah. kat sini lagi murah rupanya''. kan dah keluar trademark MR.DIY hahaha









Read More

Social Profiles

Facebook RSS Feed Email Twitter Google Plus LinkedIn Pinterest

Popular Posts

BTemplates.com

Blogroll

1. Sila isikan butir-butir tempahan anda di bawah ini dengan betul dan tepat dan hantar ke rosnitajaffar87@gmail.com. Kami akan menghubungi anda samaada melalui email atau melalui telefon.

Nama:

Alamat:

Email:

No. telefon:

Jenis Tempahan:

Catatan:

2. Pihak kami akan menghubungi anda dan menghantar quotation harga.

3. Sekiranya pelanggan bersetuju, deposit hendaklah dibuat bagi memudahkan pihak kami menyiapkan itinerary lengkap sepanjang anda di sini.

4. Bayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya ....

About

If you have any question, do no hesitate to ask me about the price and details. rosnitajaffar87@gmail.com

Copyright © Percutian Ke Melbourne | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com